Home Nasional Rasa gembira apabila selesai mengundi – Mohamad

Rasa gembira apabila selesai mengundi – Mohamad

Reaksi calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) menunjukkan kertas undi sambil ditemani isterinya, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin (kanan) ketika membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chuang Hua, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 APRIL 2019

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Mohamad Hasan berkata, beliau sangat gembira kerana sudah selesai mengundi hari ini.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian hari ini.

 

 

MGF13042019_HARI UNDI PRK RANTAU_23
Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (dua kanan) berbual dengan sebahagian pengundi pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chuang Hua, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 APRIL 2019

“Saya berasa amat gembira tak terkata. Bila saya jumpa dengan pengundi mereka jadi turun di saluran 1 dan 2 ‘body language’ sangat bagus.

“Sambutan daripada masyarakat dan pengundi nampaknya amat baik sekali saya harap ini akan dicerminkan dalam kotak undi nanti untuk memberikan saya sekali lagi sebagai wakil kepada rakyat dan masyarakat DUN Rantau,” katanya di pintu depan pusat pengundian SJKC Chung Hua, sebentar tadi.

Mohamad tiba jam jam 8.20 pagi ditemani Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin bersama lima anak mereka.

MGF13042019_HARI UNDI PRK RANTAU_24
Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga kiri) ditemani isterinya, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin (empat kiri) serta keluarga menunjukkan jari yang berdakwat selepas menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chuang Hua, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 APRIL 2019

Mengulas lanjut, Mohamad juga amat berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memudahkan proses pengundian bagi saluran satu.

“Beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh pihak SPR hasil daripada maklum balas yang kita bagi.

“Saluran satu dan dua sudah senang nak pergi,kalau tidak dulu di atas dan susah orang nak naik guna kerusi roda.

“Ini satu penambaikan yang amat kita alu-alukan dan terima kasih kepada SPR kerana mengambil kira maklum balas yang telah pun kita bagi kepadanya, ” ujar beliau. -MalaysiaGazette