Home Nasional Gotong-royong basmi denggi, jangan pihak berkuasa sahaja buat -Zuraida

Gotong-royong basmi denggi, jangan pihak berkuasa sahaja buat -Zuraida

denggi
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin turut membersihkan sistem perparitan bersama penduduk pada Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong Perdana Basmi Denggi KPKT 2019 di Pangsapuri Ampang Mewah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2019

AMPANG – Bukan hanya pihak berkuasa malah penduduk di kawasan perumahan perlu memberikan kerjasama untuk aktiviti menjaga kebersihan persekitaran.

Kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, program melibatkan gotong-royong di antara penduduk perlu diadakan secara berterusan agar dapat membanteras kes denggi tinggi di Selangor khususnya di Ampang.

“Semua penduduk kena bekerjasama. Kita tidak mahu orang tempatan tidak ambil bahagian, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) datang, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) datang, orang tempatan (penduduk) tak datang. Kena berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pelancaran Program Gotong-royong Perdana Basmi Denggi Sempena Karnival Komuniti KPKT 2019.

Program ini turut diadakan secara serentak di tujuh lagi kawasan selain Ampang iaitu , Shah Alam, Sepang, Subang Jaya, Klang, Batu Caves, Semenyih dan Kajang.

Zuraida hari ini turut memaklumkan pemasangan kamera litar tertututp (CCTV) akan dilakukan di paling kurang 240 kawasan perumahan di Ampang sebagai permulaan kepada langkah menjaga keselamatan, mengurangkan jenayah dalam masa yang sama memastikan kebersihan dijaga bersama-sama.

“Ampang paling tertingngi kawasan rumah berstrata Badan Pengurusan Bersama (JMB) paling tinggi di Ampang. 240 kawasan perumahan.

“(Ia untuk) Keselamatan, kecurian, kes-kes sampah juga,”katanya lagi.

Namun Zuraida tidak memberikan anggaran kos pemasangan CCTV yang dijangkakan akan bermula Mei nanti. – MalaysiaGazette