BEIJING – Satu daripada penyu yang jarang dijumpai – Yangtze bercengkerang lembut gergasi mati di sebuah zoo di selatan China.
Kematian penyu betina yang juga dikenali sebagai Rafetus swinhoei menjadikan jumlah spesis berkenaan tinggal tiga sahaja.
Pakar-pakar telah cuba membiakkan penyu yang berusia 90 tahun itu untuk kali kelima sebelum ia mati tetapi semuanya gagal.
Spesies ini amat terancam kerana pemburuan, penangkapan ikan yang berlebihan dan pemusnahan habitat.
Sekarang tinggal satu penyu jantan spesis yang sama di zoo China manakala dua lagi di Vietnam.
Persekitaran penyu yang sukar difahami bermakna payah untuk mengenal pasti jantina penyu itu pada kemudian hari nanti.
Kakitangan tempatan dan pakar-pakar antarabangsa telah mendapatkan benih penyu itu dalam tempoh 24 jam sebelum ia mati.
Tiada komplikasi selepas pembedahan tersebut dan penyu itu kelihatan baik selepas prosedur berkenaan dijalankan tetapi keadaannya merosot pada keesokan harinya.
Punca kematian penyu itu sedang disiasat dan tisu ovari penyu berkenaan disimpan untuk penyelidikan pada masa depan. – MalaysiaGazette