Home Ekonomi Hati-hati penipuan Bonus AirAsia Big Loyalty

Hati-hati penipuan Bonus AirAsia Big Loyalty

KUALA LUMPUR – AirAsia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan dalam talian melalui e-mel menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.

Orang ramai diminta berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk berita, aktiviti atau promosi terkini syarikat tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila berhubung dengan kami melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut;

Facebook: www.facebook.com/airasia
Twitter: www.twitter.com/airasia
Laman AirAsia Support: support.airasia.com

Menurut AirAsia, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu tersebut menggunakan jenama AirAsia.

Malah, AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada skim palsu ini. – MalaysiaGazette