KUALA LUMPUR – Borneo FC mengumumkan bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Liga 1 Indonesia itu.
Pengendali kelahiran Argentina itu terkenal dengan rekod cemerlang apabila memimpin JDT menjuarai Piala AFC pada 2015.
Gomez bukanlah jurulatih yang asing di negara jiran Indonesia dan dia dijangka tiba di negara jiran itu hari ini.
Ini bukan kali pertama dia bergelar jurulatih di Indonesia kerana sebelum ini jurulatih berusia 62 tahun itu pernah bersama Persib Bandung dan membantu pasukan itu mengakhiri saingan Liga 1 di kedudukan keempat pada musim lalu.
Selain JDT, Mario Gomez turut pernah bergelar pengendali South China dan pernah dikaitkan sebagai calon Ketua Jurulatih Harimau Malaya sebelum ini. – MalaysiaGazette