Home Sukan Shinji Okazaki tinggalkan Leicester

Shinji Okazaki tinggalkan Leicester

Shinji Okazaki

LONDON – Shinji Okazaki akan mengucapkan selamat tinggal kepada Leicester City selepas tamat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pemain kelahiran Jepun itu adalah salah seorang pemain utama The Fox ketika mencipta sejarah apabila mengejutkan dunia bola sepak dengan kejuaraan EPL pada musim 2015/16.

Pemain antarabangsa Jepun yang berusia 33 tahun  tiba dari Mainz dengan harga £7.5 juta pada 2015.

Dia tampil dalam 30 perlawanan dalam skuad kendalian Claudio Ranieri ketika menjulang juara EPL dan menjaringkan tiga gol pada musim tersebut.

Huddersfield cuba membida pemain tersebut dengan nilai £200,000 pada Januari lalu namun dia memilih untuk menghabiskan sisa baki kontrak bersama Leicester.

Pengurus Leicester, Brendan Rodgers dikatakan telah berbincang dengan penyerang tersebut namun Okazaki dikatakan memilih untuk mencari arah baharu untuk beraksi lebih kerap menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Keputusan Okazaki bermakna dia akan menyertai nama-nama lain yang pernah beraksi bersama pada musim 2015/16 meninggalkan Leicester seperti Riyad Mahrez, N’Golo Kante, Danny Drinkwater, Robert Huth, Leonardo Ulloa, Jeff Schlupp dan Ritchie de Laet. – MalaysiaGazette