Home Seni Hidup Sup kambing gear box jadi tarikan Hotel Sri Petaling

Sup kambing gear box jadi tarikan Hotel Sri Petaling

Eksekutif Sous Chef, Ahmad Nizam Saidin menunjukkan ‘gear box’ bagi juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Tidak dinafikan, menu sup kambing gear box merupakan antara makanan yang cukup popular ketika berbuka puasa secara bufet di kalangan masyarakat.

Malah ada yang sanggup berbaris panjang untuk mendapat menu tersebut malah berbuka dahulu tanpa menyentuh nasi dan makanan lain.

Bagi mereka yang menggemari sup tersebut, apa kata Ramadan kali ini anda mencuba sajian istimewa itu di Hotel Sri Petaling.

MGF120419_FOOD REVIEW RAMADAN08
Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Sri Petaling, Mohd. Nizamri Md Yusof (tengah) bersama Eksekutif Sous Chef, Ahmad Nizam Saidin (kanan) bersama nasi Arab bagi juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2019

Eksekutif Sous Chefnya, Ahmad Nizam Saidin berkata, pengunjung bakal melalui pengalaman eksklusif dan menyelerakan dengan hidangan istimewa sup kambing gear box yang dimasak menggunakan pelbagai rempah-ratus yang berbeza dan menyegarkan.

Apatah lagi tema bufet Ramadan kali ini hotel bertaraf tiga bintang itu memilih menu nostalgia atau imbas semula yang diinsiprasi hasil air tangan bonda.

“Sup kambing gear box antara menu istimewa yang dimasak mengikut cita rasa orang Melayu dengan penggunaan rempah-ratus segar.

MGF120419_FOOD REVIEW RAMADAN09
Siput sedut masak lemak antara juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2019

“Sup ini memang menjadi pilihan sepanjang Ramadan kerana rasanya yang lebih manis dengan kombinasi daging kambing yang lebih lembut,” katanya yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang kulinari.

Tambahnya, rempah-ratus dan daging kambing itu akan direneh bermula pukul 2 petang bagi mendapatkan rasa daging lembu yang pekat pada sup.

“Bahan-bahan yang terpilih pula akan dipastikan segar dan berkualiti baik tanpa menggunakan rempah segera dan tiada bahan yang dikitar semula,” ujarnya.

MGF120419_FOOD REVIEW RAMADAN04
Nasi Arab antara juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2019

Dalam pada itu, sup kambing gear box ini bakal mewarnai menu sepanjang Ramadan tahun ini di samping menu-menu kampung lain seperti laksa, mee, sate, apam balik dan banyak lagi.

Ahmad Nizam berkata, Ramadan tahun ini Hotel Sri Petaling turut menggabungkan hidangan kampung dan Arab untuk memenuhi cita rasa orang ramai.

Apa yang menarik kata beliau, pelbagai gerai-gerai sajian makanan juga disediakan seperti menu kambing bakar, ikan bakar dan makanan laut.

MGF120419_FOOD REVIEW RAMADAN02
Akok antara juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2019

Pada masa sama, sajian cita rasa pembuka selera, pemanis mulut dan beraneka kuih-muih pastinya membangkitkan selera untuk berbuka puasa selain pelbagai minuman

“Bagi yang mahukan kelainan suasana ketika berbuka, hotel ini adalah pilihan sesuai untuk mereka. Mereka boleh menjamu selera beramai-ramai di sini bersama keluarga atau rakan-rakan,” katanya.

Sementara itu, bufet Ramadan di Hotel Sri Petaling akan bermula pada 3 Ramadan hingga 27 Ramadan bermula pukul 6 petang hingga 10 malam.

MGF120419_FOOD REVIEW RAMADAN01
Kuih-muih atau dessert antara makanan selepas berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2019

Harga bufet yang ditawarkan adalah RM79 bagi dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak.

Namun pembelian awal akan mendapat harga diskaun iaitu RM50 bagi minggu pertama Ramadan dan RM60 bagi minggu kedua Ramadan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-90582323. – MalaysiaGazette

MGF120419_FOOD REVIEW RAMADAN10
Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Sri Petaling, Mohd. Nizamri Md Yusof (tengah) bergambar bersama sebahagian pekerjanya di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2019