KUALA LUMPUR – Kejatuhan pasaran saham tempatan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 adalah membimbangkan.
Lantaran itu, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah untuk memacu semula keyakinan para pelabur terhadap pasaran tempatan, kata Khairy Jamaluddin.
“Naratif membetulkan masalah, yang mana sebahagian adalah betul, ia perlu diselesaikan,” katanya.
Pasaran modal Bursa Malaysia telah menurun sebanyak RM157 bilion sejak pilihan raya umum tahun lalu.
Barometer FBM KLCI berada pada 1,629 mata berbanding 1,846 sebelum 9 Mei.
Bursa Malaysia dibuka dibuka 2.39 mata lebih lemah pada 1,627.07 dan turun naik antara 1,616.69 dan 1,627.77 di sepanjang pagi.
Pada rehat tengah hari tadi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.68 mata kepada 1,616.78, berbanding 1,629.46 pada penutupan Selasa.
Penyedia indeks global, FTSE Russell meletakkan Malaysia pada senarai pemantauannya.
Semalam, Bloomberg berkata, pasaran Malaysia adalah salah satu prestasi pasaran terburuk pada tahun 2019. – MalaysiaGazette