Home Ekonomi Saham-saham ASEAN naik, kecuali Malaysia dan Vietnam

Saham-saham ASEAN naik, kecuali Malaysia dan Vietnam

Gambar hiasan

BENGALURU – Kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara ditutup lebih tinggi pada hari Rabu, dengan Thailand menerajui kenaikan selepas pertumbuhan China merekodkan suku pertama yang mantap.

Ekonomi China berkembang pada kadar 6.4 peratus pada suku pertama, mengatasi jangkaan mengalamo kelembapan berterusan dipacu oleh lonjakan dalam pengeluaran perindustrian dan permintaan pengguna menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

“Data hari ini menyediakan bukti bahawa pertumbuhan telah mencapai paras paling bawah. Kami menjangka pemulihan dalam aktiviti data akan berlaku pada bulan-bulan dan datang dan menyaksikan pertumbuhan 6.6 peratus untuk tahun penuh,” kata Julia Wang, Ahli Ekonomi HSBC China.

Penanda aras Thailand mengepalai keuntungan di rantau ini dengan melompat merentas sektor. Saham PTT PCL naik 1.6 peratus, manakala Energy Absolute PCL naik 5.5 peratus.

Saham Singapura melonjak dengan mendapat keuntungan awal meningkat 0.5 peratus kepada penutupan tertinggi sejak 15 Jun, disokong oleh saham kewangan dan pengguna.

DBS Group Holdings Ltd naik 1.2 peratus, manakala Jardine Cycle & Carriage Ltd naik 4.4 peratus.

Bagaimanapun, bursa Malaysia jatuh 0.5 peratus kepada penutupan terendah sejak 27 Disember 2016, susulan kebimbangan mengenai kemungkinan penyedia indeks global, FTSE Russell menurunkan penarafan bon Malaysia pada akhir tempoh kajian pada bulan September.

Risiko kemungkinan aliran keluar dari negara, yang akan mengikuti pengecualian dari indeks tersebut akan melemahkan sentimen pelabur.

Indeks saham berwajaran tinggi, Malayan Banking Bhd dan Tenaga Nasional Bhd masing-masing turun sebanyak 2.3 peratus dan 2 peratus.

Indeks Vietnam mencatatkan kerugian ketiga berturut-turut, merosot 0.5 peratus, dengan saham hartanah mengheret penanda aras.

Pasaran saham Indonesia ditutup kerana pilihan raya. – MalaysiaGazette

+ posts