Home Dunia Bekas Presiden Peru tembak dirinya sendiri sebelum ditahan

Bekas Presiden Peru tembak dirinya sendiri sebelum ditahan

Alan Garcia. foto Agensi

LIMA – Bekas Presiden Peru, Alan Garcia menembak dirinya sebaik sahaja polis tiba untuk menahannya berhubung dakwaan rasuah.

Garcia telah dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Pengesahan kematian Garcia dibuat oleh Presiden Martin Vizcarra.

Susulan berita itu, para penyokongnya telah berkumpul di bangunan hospital.

Garcia telah didakwa menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembinaan, Odebrecht tetapi dinafikan olehnya.

Beliau adalah Presiden Peru dari tahun 1985 hingga 1990 dan dilantik semula dari tahun 2006 hingga 2011.

Menteri Dalam Negeri, Carlos Morán memberitahu, ketika polis tiba, García meminta untuk membuat panggilan telefon dan pergi ke sebuah ruangan dan menutup pintu.

Beberapa minit kemudian, terdengar satu tembakan, kata Morán.

Polis terpaksa membuka pintu dan mendapati Garcia duduk di kerusi dengan luka di kepalanya.

Ricardo Pinedo, Setiausaha Garcia berkata, bekas presiden itu mempunyai empat atau lima senjata api di rumah, yang dihadiahkan oleh tentera dan salah satunya telah digunakan untuk menembak dirinya. – MalaysiaGazette