Home Ekonomi Harga minyak dunia susut

Harga minyak dunia susut

SYDNEY – Harga minyak merosot meskipun inventori Amerika Syarikat susut dengan dengan penanda aras antarabangsa Brent jatuh daripada lima bulan tinggi yang cecah pada sesi sebelum ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan kepada AS$ 71.51 setong pada 0056 GMT, turun AS$0.11 sen, atau 0.2 peratus, daripada harga penutup.

Brent jatuh 0.1 peratus pada hari Rabu, selepas mencecah paras tertinggi sejak 8 November lalu kepada AS$72.27 setong.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat pula dijual pada AS$ 63.67 setong, jatuh AS$0.0 9 sen atau 0.1 peratus. WTI menutup sesi terakhir dengan kejatuhan sebanyak 0.5 peratus.

“Harga jatuh walaupun kejutan berlaku dalam inventori Amerika Syarikat,” menurut nota penyelidikan ANZ Bank.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat susut sebanyak 1.4 juta tong pada minggu hingga 12 April walaupun para penganalisis menjangkakan kenaikan 1.7 juta tong.

Import bersih minyak Amerika Syarikat pada minggu lalu susut sebanyak 659,000 tong sehari. – MalaysiaGazette