KUALA LUMPUR – Dihimpit dengan kontreversi video lucah melibatkan dirinya, penyanyi muda Ismail Izzani mencabar pihak yang disifatkannya tidak bertanggungjawab tampil berkongsi klip video penuh kepadanya.
Ujarnya, sehingga hari ini yang tular di media sosial sebulan yang lalu hanyalah paparan skrin sahaja.
“Saya secara peribadi telah meminta individu berkenaan berkongsi video penuh tersebut kepada saya. Saya sendiri teruja untuk melihat aksi ‘Ismail Izzani’ dalam video itu. Sebab selama ini, saya cuma tahu yang ditularkan hanyalah paparan skrin video berkenaan.
“Sehingga ke hari ini dia tidak membalas permintaan saya. Saya tidak tahu apa niat dia dan merasakan kewujudan video itu sebagai lucu,” katanya.
Meskipun namanya terpalit dengan gosip panas itu namun Ismail tidak tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang, kerana Ismail merasakan tindakan individu tersebut sebagai sesuatu yang melucukan.
“Saya tak ambil tindakan berat sebab orang tahu ia tak betul. Bagi saya, peminat dan orang luar boleh beza sendiri.
“Sebab ia bukan masalah besar buat saya. Zaman sekarang apa saja boleh jadi (fitnah),” katanya lagi. –MalaysiaGazette