Home Nasional Pemuda tanya Najib dihantar PH, dakwa sebuah blog

Pemuda tanya Najib dihantar PH, dakwa sebuah blog

Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disoal salah seorang orang awam sewaktu berjalan keluar selepas selesai perbicaraan kes dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Selepas prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berlangsung semalam, berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah apabila seorang pemuda mendakwa sebagai pelajar meluru ke arahnya.

Pemuda yang memakai kemeja berwarna merah tersebut bertanyakan mengapa dia dihalang mendengar perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd.

Situasi yang menjadi tegang apabila seorang anggota polis yang bertugas pada masa itu menghalang pemuda terbabit mencetuskan kemarahan Najib setelah beg pemuda itu ditarik dan diarahkan menjauh Najib.

Hasil pemeriksaan blog abuleman.com lelaki itu dikatakan dihantar untuk memalukan Najib oleh Pakatan Harapan.

Ia adalah berdasarkan daripada identitinya di Facebook dengan nama Dan Francis.

1Beliau sebelum ini pernah memuat naik pautan pestisyen pembebasan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blog itu juga mendakwa bahawa Dan Francis telah dikecam teruk sejak semalam.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati akaun itu kini telah dipadam. – MalaysiaGazette