Home Ekonomi Turun naik FBM KLCI sementara

Turun naik FBM KLCI sementara

Khairussaleh Ramli . foto Bernama

KUALA LUMPUR – RHB Bank Bhd positif FBM KLCI mampu menangani penurunan indeks dan pergerakan turun naik saham.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, ketidaktentuan semasa yang melanda indeks itu adalah sementara sahaja.

“Kami mempunyai pandangan positif terhadap indeks. Sudah tentu pada masa ini terdapat banyak turun naik di pasaran, terutamanya disebabkan oleh persekitaran luaran,” katanya yang dipetik Theedgemarket.

Tambahnya, sayap perbankan pelaburannya masih meliputi pelbagai kaunter dan akan menasihat para pelabur untuk melabur dalam saham-saham yang wajar untuk dilaburkan.

Semalam indeks FBM KLCI susut 8.56 mata kepada 1,620.90 dan ketika dibuka pagi tadi jatuh 5.09 mata kepada 1,615.81.

Ditanya jika kumpulan perbankan itu bimbang akan mengikuti jejak Maybank, Public Bank Berhad dan CIMB Group Holdings Berhad yang kini dalam senarai yang dipantau World Government Bond Index, Khairussaleh berkata, bon Malaysia adalah murah dan fundamentalnya baik.

“Kalau anda melihat fundamental di Malaysia, rizab antarabangsa adalah kukuh, masih berlaku lebihan dalam akaun semasa dan harga minyak disokong serta inflasi adalah rendah,” katanya.

Disebabkan itu, beliau tidak begitu bimbang dengan spekulasi berhubung indeks bon kerajaan. – MalaysiaGazette