Home Nasional Lebih 64,000 mahu prosiding Najib dibuat live

Lebih 64,000 mahu prosiding Najib dibuat live

KUALA LUMPUR – Setakat ini seramai 64, 025  orang sudah menandatangani petisyen mahu kerajaan menyiarkan prosiding kes mahkamah Datuk Seri Najib Razak.

Jumlah itu dicatatkan kira-kira pukul 8. 30 malam ini dan semakin bertambah setiap masa.

Petisyen anjuran change.org itu menyasarkan jumlah 75,000 penandatangan.

Petisyen itu ditujukan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Dalam petisyen itu menyenaraikan beberapa sebab kenapa prosiding bekas perdana menteri itu perlu disiarkan secara langsung dan salah satunya kerana kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.

Selain itu, prosiding itu juga mesti dilihat telus selain mengelak berita palsu.

Ia juga bagi mengelakkan prosiding itu diganggu oleh para penyokong dan wakil media di mahkamah.

Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dan boleh disalurkan kepada Tabung Harapan.

Pagi tadi, Najib juga berkongsi laman petisyen yang sama dan bersetuju sekiranya dibuat secara langsung kerana bimbang laporan media mengenainya tidak mungkin tidak tepat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Najib bimbang laporan media tak beri gambaran sebenar kesnya