Home Nasional Media corong minda rakyat -TPM

Media corong minda rakyat -TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan bersama sebahagian pengamal media pada Majlis Hi-Tea Timbalan Perdana Menteri Bersama Media di Menara Hasil, Cyberjaya. foto IQBAL BASRI, 21 APRIL 2019

CYBERJAYA – Institusi media adalah satu cabang penyaluran maklumat yang penting kepada rakyat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, peranan media sebagai  ‘mouth piece’ atau corong kepada rakyat turut memberikan kesan kepada dirinya.

Wan Azizah berkongsi kisah tentang amalan bapa beliau, Dr Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mendapatkan akhbar pada waktu pagi.

“Saya ingat lagi, dulu pagi-pagi lagi bapa saya (Dr Wan Ismail) dan suami saya mesti tengok surat khabar.a

“Kalau tak silap Tun Daim (Zainuddin) pun akan dapatkan  edisi terawal surat khabar New Straits Times. Penting sekali (surat khabar dahulu),” katanya dalam ucapan majlis santai dan minum petang bersama Timbalan Perdana Menteri di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini.

Hampir 300 pengamal media dan pengarang agensi media tanah air hadir pada majlis itu.

Dalam ucapannya, Wan Azizah juga menyentuh tentang pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, sebagai kerajaan yang tidak sampai setahun, sudah tentu harapan rakyat amat tinggi selepas memerintah Putrajaya pada 9 Mei lalu.

“Saya cuma harapkan pemahaman (understanding). Kita boleh mengkritik tetapi tengok fakta, kita boleh menyoal, tengok kesesuaian. Power comes with great responsibility,” katanya lagi. -MalaysiaGazette