Home Nasional Kerajaan akan kaji masalah matrikulasi – PM

Kerajaan akan kaji masalah matrikulasi – PM

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto NOOREEZA HASHIM, 22 APRIL 2019.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjanji kerajaan akan mengkaji masalah pengambilan pelajar mengikuti program matrikulasi bukan bumiputera yang menjadi topik perbualan sejak akhir-akhir ini.

“Kita akan mengkaji masalah tersebut,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan secara lebih lanjut apa yang dimaksudkan akan mengkaji berkenaan soal berkenaan.

Mahathir berkata demikianu kepada pertanyaan wartawan selepas hadir merasmikan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 bertemakan Memartabatkan Hak Orang Asli melibatkan lebih 1,400 komuniti Orang Asli yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy.

Sebelum itu, DAP mencadangkan peluang pgrogram matrikulasi yang ditetapkan menerusi sistem kouta dibuka untuk semua pelajar tanpa sekatan.

Jawatankuasa Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP yang diketuai Loeong Yu Sheng mahu Putrajaya menamatkan amalan keutamaan kepada pelajar bumiputera dalam progra pra-universiti itu kerana bercanggah dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tiada diskriminasi terhadap mana- mana warganegara.

Katanya, setiap pelajar berhak mendapat pendidikan tanpa diskriminasi tanpa mengira bangsa sambil menyifatkan sistem 10 peratus tempat untuk bukan bumiputera di 15 pusat matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan di seluruh negara sebagai tidak adil.-MalaysiaGazette