KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 15 April lalu berbanding AS$103 bilion pada 29 Mac 2019.
Bank Pusat berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette