BEIT JALA, Tebing Barat – Seorang remaja yang dirawat di horpital berkata beliau telah ditembak di paha oleh tentera Israel ketika tangannya digari dan matanya ditutup dengan kain.
Insiden terbaharu yang menyebabkan kumpulan hak asasi manusia menyifatkan kejadian itu sebagai siri tembakan tidak wajar terhadap penduduk Palestin oleh tentera Israel.
Tentera negara itu berkata, ia sedang melakukan siasatan insiden yang berlaku pada minggu lalu ketika para remaja Palestin membaling batu ke arah tentera.
Osama Hajahjeh, 16, berkata, beliau cuba menjauhkan diri daripada pasukan tentera apabila ditembak pada Kahmis lalu, lapor AP.
Katanya, kejadian bermula selepas pengkebumian seorang guru di kampung Tekoa, yang mana guru tersebut telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu tentera Israel ketika sedang berjalan di persimpangan yang sibuk.
Hajahjeh berkata, sekolah membenarkan para pelajar pulang awal bagi menghadiri pengkebunmian tersebut.
Selepas menghadiri pengkebumian katanya, beliau diserang oleh seorang tentera yang muncul dari belakang pokok zaitun menyebabkan dia terjatuh.
Hajahjeh berkata, tangannya digari dan matanya ditutup dengan kain.
Selepas ditahan, katanya, dia mendengar para remaja Palestin menjerit ke arah tentera dan mereka menjerit balik dalam bahasa Arab dan Hebrew.
‘Saya keliru’ dan bangun, katanya. “Tiba-tiba kaki kanan saya ditembak. Selepas itu saya cuba lari dan kaki kiri saya ditembak dan saya jatuh,” katanya yang bercakap dari hospital di Beit Jala yang terletak di selatan Baitul Maqdis. Doktor berkata kaadaannya stabil.
Sekeping gambar yang dirakam jurugambar tempatan menunjukkan tentera Israel mengejar Hajahjeh dengan matanya ditutup kain dan tangannya diikat di belakang.
Insiden tersebut menyaksikan keadaan huru hara. Tentera dan penduduk Palestin berbalas jeritan ketika remaja tersebut terbaring di atas tanah. Seorang anggota tentera mengambil tali pinggang remaja itu dan menggunanya bagi menahan darah daripada terus keluar.
Video amateur menunjukkan seorang anggota tentera yang bertopeng menjerit dan mengcukan sepucuk pistol ke arah kumpulan penduduk Palestin ketika remaja tersebut terbaring di atas tanah.
Seorang anggota tentera kemudian dilihat berkelahi dengan penduduk ketika anggota tentera lain melepaskan tembakan ke udara.
Seorang anggota tentera dan dua lelaki Palestin kemudian membawa remaja itu untuk menerima rawatan.
Dalam satu kenyataan, tentera berkata, remaja tersebut telah ditahan selepas terbabit ‘dalam membaling batu secara besar-besaran’ ke arah tentera israel.
“Individu ditahan di kawasan berhampiran dan mula melarikan diri daripada pasukan tentera. Anggota tentera mengejar dia, melepaskan tembakan di bawah abdomen.
Kenyataan tersebut tidak menyebut mengenai remaja itu digari dan matanya ditutup dengan kain namun berkata, tentera menawarkan rawatan perubatan selepas kejadian tembakan itu dan sedang menyiasat insiden tersebut. – Agensi