KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim antara dua personaliti yang akan memeriahkan Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2019.
MSMW kali ke-10 itu akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur mulai esok hingga Jumaat ini.
Acara kebangsaan itu menghubungkan orang ramai, kandungan dan perbuatan yang berkisar trend baharu muncul dalam media sosial dan mudah alih.
Dewan Sosial Media Malaysia yang merupakan penganjur acara itu berkata, MSMW tahun ini akan menampilkan kelainan kepada orang ramai dengan topik-topik yang menonjol.
Manakala bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula dijangka menyertai satu segmen.
Selain itu, MSMW 2019 juga menjemput 20 tokoh dari lima negara untuk bersama-sama berkongsi pengalaman, kepakaran dan pandangan masing-masing dalam trend terkini digital dan media sosial.
MSMW bakal disertai oleh pelbagai rangkaian individu termasuk eksekutif kelas atasan, usahawan, wartawan, blogger, pengurus jenama, pakar media sosial, pakar komunikasi/komuniti korporat, pakar pemasaran/media, pelajar, artis, dan pakar teknologi /media.
MalaysiaGazette merupakan rakan digital MSMW 2019 kesinambangunan dari MSMW 2018. – MalaysiaGazette