KUALA LUMPU – KL pula yang hampir tiga bulan berada di kedudukan tercorot berjaya memintas FELDA United di tangga ke-11 dan berkongsi lapan mata bersama PJ City di tangga ke-10, selepas terikat 3-3 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras,malam tadi. Kuala Lumpur (KL) dan Perak naik satu anak tangga dalam carta Liga Super.
Perak berada di depan seawal minit ketujuh kesilapan pemain pertahanan KL, Zaiful Abdul Hakim selepas hantarannya kurang kemas kepada penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin menerjah ke gawang sendiri.
Penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy gagal menangkap kemas bola sepakan percuma Paulo Josue dan KL bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi Indra Putra Mahayuddin yang mudah menolak masuk bola ke gawang Perak.
Sepakan penalti Leandro Dos Santos selepas Gilmar Da Silva meletakkan Perak kembali berada di depan hasil dijatuhkan Zaiful.
KL sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan seminit sebelum tamat babak pertama, menerusi Guilherme De Paula yang menyudahkan sepakan penalti selepas dia dikasari Idris Ahmad.
KL terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Luke Zantua dilayangkan kad merah kerana mengasari Shahrel Fikri Fauzi pada minit ke-56.
Turut menimpa Perak tujuh minit selepas itu apabila Nazirul Naim Che Hashim pula diperintah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.
Malang menimpa Perak apabila KL berjaya berada di depan buat kali pertama selepas sepakan percuma Josue gagal diselamatkan Hafizul Hakim pada minit ke-64.
Nor Hakim bagaimanapun muncul penyelamat Perak apabila meledak gol penyamaan buat Bos Gaurus ketika perlawanan berbaki lima minit.