HUNTSVILLE, Texas – Salah seorang daripada tiga lelaki yang disabitkan kesalahan dalam pembunuhan James Byrd Jr, salah satu jenayah paling dahsyat di Amerika Syarikat pada tahun 1998 telah dihukum bunuh di Texas.
King disahkan mati pada hari Rabu pukul 19:08 waktu tempatan (23:08 GMT) di Penitentiary di Huntsville, Texas.
Lelaki itu dikenakan hukuman itu selepas memukul, merantai seorang lelaki kulit hitam, Byrd sebelum diseret berbatu-batu oleh King dan dua rakannya.
Mereka adalah supremacist (taksub) kulit putih.
Pembunuhan Byrd telah menyebabkan Kongres meluluskan undang-undang jenayah pada tahun 2009.
John William King, 44, adalah lelaki kedua yang akan dibunuh kerana kesalahan membunuh. Dia telah memfailkan beberapa rayuan dalam kes itu.
Pada hari Isnin, Lembaga Pengampunan dan Parol Texas mengundi sebulat suara untuk menolak penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Oktober tahun lalu, Mahkamah Agung Amerika Syarikat menolak rayuan pelaksanaan hukuman yang dikemukakan oleh King.
Lelaki itu didakwa rasis dengan rekod jenayah adalah lelaki kulit putih pertama dihukum mati kerana membunuh lelaki kulit hitam dalam sejarah moden Texas. – MalaysiaGazette