Home Dunia Facebook saman 3 individu dan sebuah syarikat

Facebook saman 3 individu dan sebuah syarikat

Gambar hiasan

NEW yORK – Facebook Inc memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat terhadap sebuah syarikat dan tiga individu di New Zealand yang didakwa menggunakan Instagram untuk memberikan perkhidmatan palsu.

Facebook dalam hantaran di blognya berkata, syarikat tersebut dan tiga individu yang tidak dinamakan menggunakan pelbagai syarikat dan laman web lain untuk menawarkan perkhidmatan palsu mereka.

Menurut gergasi media sosial itu, beberapa amaran telah dikeluarkan malah syarikat itu juga telah menggantung akaun sekutu-sekutu mereka tetapi tertuduh masih meneruskan aktiviti haram itu. – Agensi