Home Nasional Bekalan air pulih sepenuhnya – Syabas

Bekalan air pulih sepenuhnya – Syabas

Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI, 25 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Bekalan air di enam kawasan yang terlibat dengan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) telah pulih sepenuhnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata, ia berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6 pagi ini.

Gangguan bekalan air yang bermula Rabu lalu memberi kesan kepada  4,143,465 pengguna di Shah Alam/Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor. – MalaysiaGazette