Home Dunia Pangeran Raja Chandrarupa ramai pengikut di media sosial

Pangeran Raja Chandrarupa ramai pengikut di media sosial

Pangeran Raja Chandrarupa.

JAKARTA – Raja muda yang mengundang perhatian ramai ini merupakan Pangeran Raja Agung Seri Mangkunegara Patani Mempawah yang juga Pangeran Agung Raja Muda Arya Natanegara Yang Terutama Kepangeranan Agung Chandrarupawiyah Patani Shri Mempawah di Indonesia.

Baginda merupakan pemimpin Kepangeranan Agung Otonom setara Grand Duke dan Dipertuan Besar di Wilayah Kerajaan Mempawah dan Pangeran Kapita Raja Muda Arya Natanegara Yang Terutama Kepangeranan Chandrarupanto Patani Shri Tiworo dan Kepangeranan Otonom di Wilayah Kerajaan Tiworo Buton.

Beliau waris takhta kepimpinan kedua kepangeranan kacukan Mahkota Patani di Indonesia.

50589166_457964988073664_4894708755322634240_n

Baginda adalah pemimpin tertinggi monarki bawahan yang hampir sama dengan Sri Paduka Pakualam di Yogyakarta.

Baginda juga merupakan Pangeran Agung Amantubillah Kerajaan Panembahan Mempawah merupakan salah satu kerajaan Islam di kawasan Kabupaten Mempawah Kalimantan Barat dan Kapita Lau Sidamangura di Kerajaan Tiworo.

Selain itu, baginda yang akrab disapa sebagai Pangeran Raja Chandrarupa itu seorang sederhana dan suka melakukan kerja-kerja amal selain aktif dalam beberapa organisasi kemanusiaan antarabangsa.

Tidak hairanlah beliau menerima sebanyak 149 penghargaan dari dalam dan luar Indonesia.

Justeru, pagenya di Facebook, HRH Tengku Pangeran Chandrarupa Wibowo mempunyai sehingga lebih seratus ribu like daripada warganet.

Pangeran Raja Chandrarupa juga sering memberi anugerah kepada mereka yang berjasa kepada Indonesia dengan pemberian gelaran diraja termasuk artis di republik berkenaan.

Diantaranya adalah Panglima Besar PETA, Roro Fitria, Elvy Sukaesih, Habib Syehan Jindan, Ganjar Pranowo hingga tokoh tokoh penting dari luar negara dari Malaysia, India, Brazil dan Rusia.

“Penghargaan gelaran bangsawan itu untuk mengapresiasi dan memotivasi apa yang telah mereka lakukan,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

Yang menarik, beliau pernah memberi gelaran kepada seorang pemandu beca yang suka menyedekahkan wangnya kepada mereka yang susah walaupun dirinya sendiri berpendapatan tidak menentu.

Raja atau bangsawan, katanya, seharusnya tidak eksklusif dan seharusnya dekat dengan rakyat.

 

59347762_291225271786945_246990581211856896_n

Pangeran Raja Chandrarupa menjelaskan gelaran yang lazim diberikan ialah kepada orang yang bekerja di istana dan gelar kehormatan setelah diangkat menjadi keluarga.

Beliau menafikan dirinya berkaitan dengan isu menjual beli pingat dan mengambil wang daripada penerima.

“Ya, memang ada yang meminta raja palsu yang meminta pingat dan mahu membayar dengan nilai tertentu tetapi saya menolak kerana tidak mahu merosakkan sejarah bangsa,” katanya lagi.

Beliau juga dikenali sebagai anak raja yang mengecam kemunculan raja-raja palsu di Indonesia ekoran semakin banyak golongan itu semakin banyak di negaranya.

“Kebelakangan ini semakin banyak munculnya raja baharu yang ditabal sedangkan di nusantara ini setahu saya hanya ada sekitar 49 kerajaan yang masih wujud memerintah sebelum berdirinya Republik Indonesia dan 56 lagi yang tidak aktif memerintah tetapi masih terjaga adatnya,” ujarnya.

Apa pun, Pangeran Raja Chandrarupa berharap tetap dapat mempertahankan seni dan budaya dari kepangeranan dan kerajaannya untuk menyelamatkan generasi bangsa melalui sejarah, seni dan budaya bangsa Indonesia.- MalaysiaGazette

+ posts