JAKARTA – Lebih daripada 270 kakitangan pilihan raya Indonesia meninggal dunia, kebanyakan disebabkan keletihan bekerja berjam-jam untuk mengira berjuta-juta kertas undi dengan tangan.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Arief Priyo Susanto berkata, 1,878 kakitangan yang lain juga jatuh sakit.
Kira-kira tujuh juta orang pekerja mengira dan memantau undi pilihan raya yang berlangsung pada 17 April lalu.
Kakitangan bekerja sepanjang malam dalam keadaan teruk kerana menggunakan fizikal yang banyak.
Pilihan raya yang dijalankan pada tahun ini adalah kali pertama menggabungkan undi bagi memilih presiden dan Parlimen Nasional untuk menjimatkan wang.
Ia membabitkan pengundian sebanyak 260 juta.
Kira-kira 80 peratus daripada 193 orang pengundi yang layak mengundi di 800,000 pusat mengundi.
KPU merancang untuk membayar ganti rugi kepada keluarga sebanyak 36 juta rupiah (£ 1,930; AS$ 2,500) untuk setiap pekerja yang meninggal dunia – bersamaan gaji minimum satu tahun, menurut Nikkei Asian Review. – MalaysiaGazette