Home Ekonomi Harga minyak susut hari ini

Harga minyak susut hari ini

SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini, meneruskan penurunan sejak Jumaat lalu selepas Presiden Donald Trump menuntut OPEC meningkatkan pengeluaran.

Kontrak hadapan Brent diniagakan kepada AS$71.72 setong pada 0039 GMT, susut AS$0.43 atau 0.6 peratus daripada harga penutup.

West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan kepada AS$62.92 setong, susut AS$0.38.

Kedua-dua penanda aras itu susut 3 peratus berbanding sesi sebelumnya.

ANZ Bank berkata, harga minyak terjejas selepas Trump memaklumkan beliau telah bercakap dengan Arab Saudi tentang mengurangkan kesan eksport minyak Iran yang lebih rendah dengan meningkatkan aliran di tempat lain.

Dalam kenyataan pada hari Jumaat, Trump telah menghubungi Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan memberitahu kartel itu untuk menurunkan harga minyak.

“Harga gas sudah turun. Saya hubungi OPEC, sSaya maklumkan, anda perlu menurunkannya. Anda perlu menurunkan harga,” kata Trump. – MalaysiaGazette