Home Dunia Keadaan di Mozambique lebih teruk daripada jangkaan

Keadaan di Mozambique lebih teruk daripada jangkaan

Sebuah kediaman musnah selepas ditiup angin kuat Taufan Kenneth. foTo Agensi

MAPUTO – Situasi di utara Mozambique sangat teruk daripada yang dijangkakan selepas sehari dilanda Taufan Kenneth.

Taufan Kenneth yang bertiup selaju 220 kilometer sejam telah meranapkan kebanyakan kampung.

Kira-kira 700,000 penduduk dikhuatiri berdepan dengan risiko di kawasan berkenaan kerana hujan monsun berterusan.

Pemba, rantau ibu negara negeri Cabo Delgado mengalami hujan dan banjir.

Jurucakap Pejabat Penyeleras Hubungan Kemanusiaan, Saviano Abreu berkata, situasi di Macomia dan Quissangga serta Pulau Ibo adalah kritikal.

Ombak naik sehingga 4 meter dan agensi-agensi bantuan bimbang hujan berterusan akan memburukkan keadaan.

Ini kerana, hujan dijangka turun dalam empat hari lagi.

“Kami menjangka hujan turun dua kali ganda seperti yang dialami semasa Taufan Idai,” kata Abreu.

hujan
Hujan lebat di Mozambique memburukkan keadaan sekitar. foto Agensi

Taifan Idai yang melanda tiga negara pada Mac lalu mengorbankan 900 orang.

Jumlah kejadian tanah runtuh meningkat di bandar Mahate, di rantau Ocha dan kediaman di Natite juga dilaporkan runtuh.

Program Makanan Sedunia telah dilaporkan mulai memberi bantuan kepada mangsa-mangsa tetapi kerosakan jalan-jalan raya telah memaksa operasi tidak dapat dilakukan di kawasan paling terpencil.

Sekurang-kurangnya lima orang telah mati disebabkan oleh taufan dan hampir 35,000 rumah telah rosak teruk atau musnah, kata pihak berkuasa kebangsaan.

Pasukan penyelamat Brazil menyelamatkan kira-kira 350 orang daripada banjir di bandar itu pada hari Ahad. – MalaysiaGazette