KUALA LUMPUR – Pengeluar produk MommyHana merancang untuk tembusi pasaran ASEAN selepas produk peranti audio Islamik yang dlancar syarikat itu pada sesi pra jualan di laman sosial berjaya mengutip lebih RM1juta dalam tempoh tidak sampai dua jam.
Pengasas MommyHana, Hana Shahadan berkata, syarikatnya yang beroperasi sejak dua tahun lalu kini sedang mengintai peluang pasaran di Singapura, Brunei dan Indonesia.
“Kita juga merancang untuk memasuki pasaran Timur Tengah seperti Dubai serta United Kingdom, memandangkan sambutan yang luar biasa bagi produk ini.
“Peranti audio ini atau pun lebih mudah difahami dengan quran mommyhana adalah satu alat yang yang membantu dan melatih semua orang untuk mendengar alunan bacaan ayat suci al- quran setiap hari.
“Alat yang tiada radiasi ini juga dilengkapi dengan bunyi yang menenangkan seperti alunan ombak, lullaby, white noise, mozart, lagu-lagu Omar & Hana dan juga lagu-lagu khas zikir MommyHana dendangan artis Deja Moss,” kata dalam satu kenyataan media.
Mommyhana sebelum ini terkenal dengan buku islamik interaktif Ebookku by Mommyhana sudah terjual lebih dari 200,000 unit dan kini satu lagi produk baru yang bakal menjadi gelombang besar terutama menjelang Ramadhan yang bakal tiba.
Zikir-zikir merdu dari Mommyhana juga ringkas dan mudah diikuti sesuai untuk melatih anak-anak supaya berzikir dari usia yg muda.
MommyHana kini mempunyai hampir 3,000 pengedar sah di Malaysia dan menyasarkan tiga kali ganda peningkatan pada tahun ini.
Kata Hana, Mommyhana kini telah membantu 10000 keluarga dan menyasarkan untuk membantu 1 juta keluarga dalam dan luar negara pada 2022. – MalaysiaGazette