Home Sukan Juventus intai khidmat Alexis Sanchez

Juventus intai khidmat Alexis Sanchez

Alexis Sanchez

TURIN – Juara Serie A musim ini, Juventus bersedia untuk merobek pasaran perpindahan Liga Perdana Inggeris untuk mendapatkan penyerang baharu.

Selepas berjaya membeli Cristiano Ronaldo dari Real Madrid, skuad the Old Lady kini mengalih perhatian ke arah Alexis Sanchez.

Juara Serie A untuk musim kelapan berturut-turut itu mengintai rapat perkembangan bintang antarabangsa Chile itu.

Bintang Liverpool Mohamed Salah juga berada dalam senarai pemantauan Juventus.

Memandangkan Salah dilihat tidak akan meninggalkan the Kops, Juventus mahu mencuba nasib untuk mendapatkan bekas bintang Arsenal yang kini sekadar memanaskan bangku simpanan di Old Trafford.

Manchester United bersedia melepaskan pemain itu secara percuma sekiranya Juventus sedia menanggung gaji besar yang diterima Sanchez di Theatre of Dreams.

Sanchez bukan lagi pilihan kesebelasan utama sejak Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Jose Mourinho pada 19 Disember lalu.- MalaysiaGazette