Home Ekonomi Nilai rumah tidak terjual RM19.86 bilion

Nilai rumah tidak terjual RM19.86 bilion

Laporan Pasaran Harta 2018 foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2019

PUTRAJAYA- Rumah yang tidak dijual meningkat sebanyak 30.6 peratus kepada 32,313 unit pada 2018 berbanding 24,738 tahun sebelumnya.

Nilai rumah yang tidak terjual pula adalah RM19.86 bilion, naik 27 peratus berbanding 2017.

Menurut Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC) dalam Laporan Pasaran Hartanah 2018, rumah jenis pangsapuri menjadi penyumbang terbesar iaitu 43.3 peratus daripada jumlah keseluruhan hartanah tidak terjual.

Sektor komersial juga mencatatkan peningkatan unit tidak terjual yang mana unit kedai meningkat 11.2 peratus kepada 5,055 bernilai RM4.08 bilion.

Keseluruhan transaksi hartanah bagaimanapun meningkat sedikit sebanyak 0.6 peratus kepada 313,710 urusniaga bernilai RM140.33 bilion.

Jumlah pelancaran hartanah kediaman baharu juga menyusut 14.9 peratus kepada 66,040 unit pada 2018 manakala aktiviti pembinaan juga semakin perlahan.

Harga rumah terus meningkat pada 2018 dengan Indeks Harga Rumah Malaysia naik 3.1 mata berbanding 2017 dipacu oleh peningkatan harga di Johor dan Selangor.

Bagi hartanah komersial, terdapat peningkatan sebanyak lapan peratus daripada jumlah urusniaga dan 16 peratus dari segi nilai menjadikannya 23,936 unit telah terjual dengan nilai RM29.51 bilion.- MalaysiaGazette