Home Utama Bung Moktar, Zizie didakwa Jumaat ini atas pertuduhan rasuah

Bung Moktar, Zizie didakwa Jumaat ini atas pertuduhan rasuah

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat ini.

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pasangan itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

SPRM telah menahan Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi.

Kedua-duanya ditahan selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan FELCRA.

Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Bung Moktar yang merupakan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad didakwa atas kesalahan yang berkaitan dengan peranannya sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan.

Kedua-dua mereka difahamkan ditahan di Sabah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. patutlah orang felcra dengar cerita je dapat deviden. duit dalam akaun tak ada pun. bila ibu meninggal waris pada anak setelah selesai bicara. bayarlah tonggakan. beransur2 . spai surat 30000 dah jelas. padahal yang bayar baru 10000 lebih saja. .

Comments are closed.