Home Dunia Putera Naruhito Maharaja Jepun yang baharu

Putera Naruhito Maharaja Jepun yang baharu

Putera Naruhito. Foto Agensi

TOKYO – Putera Naruhito akan ditabalkan sebagai Maharaja Jepun yang baharu, sehari selepas bapanya turun takhta.

Putera Akihito, 85, menjadi maharaja pertama yang melepaskan kedudukannya selepas 30 tahun memerintah disebabkan kesihatannya.

Maharaja Jepun tidak memiliki kuasa politik tetapi memainkan peranan sebagai simbol negara.

Berikutan pelantikan Putera Naruhito, bermulalah era diraja ‘Reiwa’ yang membawa maksud perintah dan harmoni yang bermula pada tengah malam waktu Jepun sehingga berakhirnya takhta tersebut. – MalaysiaGazette