Home Utama Tolonglah Tun saya merayu – anak sulung Zahid

Tolonglah Tun saya merayu – anak sulung Zahid

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah merayu kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar membenarkan bapanya keluar negara.

Dalam satu posting di Instagram, Nurulhidayah berkata bapanya mahu ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah pada minggu terakhir Ramadan depan.

“Tun, tolonglah untuk Abah saya kebenaran tunaikan umrah 10 terakhir Ramadan seperti kebiasaan dia buat selama hampir 30 tahun.

“Tolonglah Tun saya merayu,” katanya di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nurhidayah berkata bapanya tidak akan lari ke mana-mana dan hanya ingin menunaikan umrah sebagiamana yang dilakukan hampir 30 tahun lalu.

“Dia bukan nak lari mana. Tanah airnya di Malaysia.

“Arahlah Polis berapa orang pun ikut perhatikan dia. 10 terakhir Ramadan sangat besar maknanya buat Zahid Hamidi di bumi Mekkah,” katanya lagi.

Hari ini Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid bagi mendapatkan pasportnya bagi menunaikan umrah bulan ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ahmad Zaidi Zainal serta Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, bagi pihak pendakwaan.

Collin Lawrence dalam penghakimannya berkata, mahkamah menolak permohonan itu selepas menimbangkan Ahmad Zahid berdepan dengan kesalahan serius.

“Walaupun ibadat itu dituntut untuk umat Islam sepanjang Ramadan, ia bukan perkara wajib untuk ditunaikan.

“Lagipun, tiada keperluan mendesak ataupun tanggungjawab daripada pemohon untuk mengerjakan umrah,” katanya. – MalaysiaGazette