Home Ekonomi YFG tamat kontrak PR1MA RM127 juta di Pahang

YFG tamat kontrak PR1MA RM127 juta di Pahang

MGF13022017_Sidang-Media-SPEF-PR1MA_06-640x427
PR1MA - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – YFG Engineering Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh YFG Bhd (YFG) menamatkan kontrak pembangunan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) bernilai RM127 juta di Penor, Pahang.

Kontrak tersebut adalah bagi cadangan pembinaan 666 unit rumah PR1MA berkembar satu tingkat dan 74 unit lot kedai termasuk kerja-kerja prasarana.

YFG dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata notis penamatan itu telah diserahkan kepada pemaju, Seri Ceka Sdn Bhd (SCSB), kerana kontrak yang diperlukan tidak diformalkan dalam tempoh masa tiga bulan yang ditetapkan, berikutan isu pembiayaan projek bagi pihak SCSB.

“Penamatan ini tidak dijangka membawa sebarang kesan ketara kepada pendapatan, aset bersih dan tahap kadar hutang syarikat dan kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Sept, 2019, kerana projek itu tidak dimulakan,” kata syarikat itu.

— BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts