Home Politik Statut Rom: Apa yang diperkatakan TMJ ternyata benar

Statut Rom: Apa yang diperkatakan TMJ ternyata benar

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Rakyat sepatutnya berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana membuat pendedahan terhadap ratifikasi Statut Rom.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, walaupun Perdana Menteri mengelar TMJ sebagai budak kecil yang bodoh namun beliau satu-satunya kerabat diraja yang bercakap benar.

“Rakyat negara ini patut berterima kasih dengan TMJ yang telah mendedahkan penipuan Tun Mahathir Mohamad, Tommy Thomas dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Sekiranya penipuan mereka tidak didedahkan, sudah pasti tidak akan berlaku u-turn pertama pada 5 April 2019 dengan penipuan Mahathir yang menyatakan Ratifikasi Statut Rom bakal dibatalkan.

“Namun, hari ini rakyat Malaysia kena sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang yang Mahathir gelar ‘bodoh’ ini kerana telah menyelamatkan kita dari dibodohkan oleh Mahathir sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lokman, penentangan TMJ terhadap Ratifikasi Statut Rom walaupun Mahathir sudah mengumumkan pembatalan ratifikasi hari ini ternyata berasas apabila Mahathir kali ini membuat u-turn dengan menyatakan ia akan dikaji semula dan akan memperjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan Statut Rom supaya rakyat boleh terima.

“U-turn Mahathir ini sememangnya sudah lama kami jangka, itu sebabnya kita tidak bernah berhenti melakukan Jelajah Menentang Statut Rom. Namun, suka tidak suka, saya kena berterus terang bahawa saya agak kecewa dengan sikap Mahathir yang tidak mempunyai rasa kekok atau bersalah bila terus menerus menipu rakyat negara ini.

“Sepatutnya, bulan Ramadan yang mulia ini akan digunakan sehabis baik untuk bersedia mengadapNya, bukan dengan menambah dosa,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Statut Rom: Kerajaan beri penerangan kepada semua

 

1 Komen

  1. siapa sebenarnya menipu rakyat. mahadir uturn bukan kerana tak betul . tapi kerana ingin meredakan komplik yang rakyat tak tahu.

Comments are closed.