TERKINI : DUIT BANYAK HILANG! Kita Tetap Terus Mencari Jho Low – Tun Mahathir

PUTRAJAYA – Pencarian terhadap ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) Jho Thaek Low atau Jho Low tetap akan diteruskan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, meskipun banyak aset berkaitan 1MDB seperti barang kemas dan kapal mewah Equanimity telah dirampas dan dijual namun nilainya masih tidak sama dengan nilai wang yang telah diseleweng daripada syarikat kontroversi itu.