PORT MOREBY – Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh apabila sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak terbalik dan meletup berhampiran lapangan terbang di Niger
Mereka yang maut merupakan mangsa yang datang berkerumun kenderaan tersebut untuk mendapatkan minyak daripada lori yang terbalik itu.
Kenderaan itu terbalik berhampiran landasan keretapi ketika ia cuba untuk memakirkan lori berkenaan.
Seramai 37 orang dilaporkan cedera dalam letupan yang berlaku pada lewat hari Ahad itu.
Nahas itu berlaku di jalan RN1 yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Diori Hamani ke Niamey.
Menteri Dalam Negeri, Mohamed Bazoum berkata, siasatan awal mendapati letupan itu berlaku daripada salah sebuah motosikal yang berada berhampiran lori yang terbalik.
Letupan lori tangki merupakan nahas yang biasa berlaku di Nigeria dan lebih 100 orang maut dalam letupan di selatan negara pada tahun 2012. – MalaysiaGazette