Home Ekonomi New Zealand turunkan kadar faedah terendah sejak 2016

New Zealand turunkan kadar faedah terendah sejak 2016

WELLINGTON – Bank pusat New Zealand menurunkan kadar faedah ke paras terendah selain turut memberi bayangan akan melakukan pengurangan lagi tidak lama lagi.

Langkah tersebut didorong oleh kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan kadar inflasi yang rendah.

“Jawatankuasa Dasar Monetari memutuskan untuk menurunkan kadar faedah yang menyokong unjuran kadar pekerjaan dan inflasi,” kata Reserve Bank New Zealand (RBNZ) selepas mengumumkan penurunan kadar tunai rasmi (OCR) kepada 1.5 peratus.

Jelasnya, OCR yang lebih rendah kini adalah paling konsisten untuk mencapai matlamat di samping menyediakan unjuran kadar faedah yang lebih seimbang.

RBNZ menjadi bank pusat pertama di negara maju yang mula melonggarkan polisinya pada pusingan ini yang mana akan memberikan tekanan tidak baik kepada matawang negara itu dan merangsang inflasi.

Nilai dolar New Zealand jatuh selepas pengumuman tersebut.

Bank pusat itu turut menjangkakan satu lagi penurunan kadar faedah akan dilaksanakan.

Mereka menunjukkan purata OCR menyusut kepada .48 peratus menjelang hujung tahun dan 1.36 peratus pada suku ketiga 2020.

Kadar penanda aras adalah 1.75 peratus sejak November 2016.-Agensi