Home Dunia Pelajar Malaysia dakwa dicabul di HKU

Pelajar Malaysia dakwa dicabul di HKU

HONG KONG – Sebuah universiti tertua di Hong Kong disiasat selepas seorang pelajar pasca-siswazah dari fakulti pergigian mendakwa dicabul oleh tutornya.

Pada Ahad, seorang wanita dari Malaysia menulis satu hantaran panjang di Facebook menceritakan bagaimana dia dicabul oleh seorang tutor separuh masa di Hospital Pergigian Prince Philip di bawah University of Hong Kong (HKU) ketika menjalani program pasca siswazah bermula pada 2015 sehingga 2018.

Dalam maklum balas kepada SCMP pada Selasa, jurucakap HKU berkata, pihaknya maklum mengenai pertuduhan tersebut dan sedang menguruskannya mengikut keutamaan dan prosedur yang sepatutnya.

Menurut mangsa, tutor berkenaan menyentuh badannya tanpa izin termasuk memegang tangan, bahu dan belakang serta merenung dadanya.

Selain itu, wanita yang mahu dikenali sebagai L itu juga mendakwa beliau diganggu secara verbal.

Menurut L, dia terpaksa melalui satu tempoh menyalahkan diri sendiri, kecewa dan malu. – Agensi