
KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyemak semula Kadar Asas (BR) sebanyak 26 mata asas dari 4.03% hingga 3.77% setahun, manakala Kadar Pembiayaan Asas (BFR) dikurangkan dari 6.98% kepada 6.72 % setahun berkuatkuasa esok.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyesuaian kadar iyu susulan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%.
Menurutnya, semakan ini akan memberi manfaat kepada para pelanggan Bank Islam yang mempunyai pembiayaan yang disandarkan kepada BR/BFR memandangkan kadar keuntungan efektif akan diselaraskan ke bawah dengan sewajarnya yang diterjemahkan kepada jumlah ansuran yang lebih rendah.
Ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan baru-baru ini untuk membantu meningkatkan kos hidup rakyat serta meningkatkan aktiviti ekonomi. – MalaysiaGazette