Home Dunia China tidak setuju sekatan ke atas minyak Iran

China tidak setuju sekatan ke atas minyak Iran

China

BEIJING – China menentang sekatan unilateral Amerika Syarikat terhadap Iran kerana halangan ke atas minyak akan hanya memburukkan lagi turun naik dalam pasaran-pasaran tenaga, kata Kementerian Perdagangan.

Presiden Donald Trump pada hari Rabu lalu telah mengenakan sekatan baharu ke atas Iran, mensasarkan pendapatan daripada eksport logam perindustriannya.

Perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Trump juga mengatakan individu dan entiti akan menghadapi sekatan jika terlibat dalam transaksi penjualan, pembekalan, atau pemindahan ke atas barangan atau perkhidmatan Iran yang berkaitan dengan sektor logam perindustrian.

Iran dan China adalah rakan dagangan penting dan China akan mempertahankan hak-hak firmanya, kata jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng. – MalaysiaGazette