Home Nasional Setahun bukan penentu kejayaan PH

Setahun bukan penentu kejayaan PH

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad (tengah) pada sidang akhbar bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 09 MEI 2018
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad (tengah) pada sidang akhbar bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 09 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Hari ini genap setahun tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan giant killer kerana berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 61 tahun.

Di sebalik itu, kini timbul persoalan PH gagal melaksanakan segala janji-janji ketika mahu menewaskan BN pada 9 Mei tahun lalu.

Namun tinjuan Malaysia Gazette di sekitar ibu negara mendapati rakyat masih memberi masa kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam misi menyelamatkan negara.

MGF09052019_Tinjauan Setahun PH Menjadi Kerajaan_04
Charles Dickson, 46 bercakap kepada media mengenai setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019

Menurut Charles Dickson, 46, rakyat perlu beri lebih masa kepada PH untuk mengotakan segala janji-janji yang ditaburkan semasa PRU-14 lalu.

Katanya, usaha untuk mengembalikan ‘Harimau Asia’ mengambil masa kira-kira empat tahun dan bukan dalam tempoh sesingkat setahun.

“PH kena ambil masa untuk tadbir kerajaan kerana setahun terlalu singkat dan tidak cukup untuk menilai pentadbiran kerajaan baharu. Kalau lima tahun baru mencukupi untuk menilai kerajaan PH.

“Kalau kita nampak bagus dalam pentadiran, itu baik untuk rakyat. Kalau tidak, kita akan tukar kerajaan lagi. Apa yang dijanjikan mereka kena buat, itu penting kepada rakyat. 10 janji itu kena pastikan 70 peratus sudah ditunaikan,” katanya ketika ditemui hari ini.

MGF09052019_Tinjauan Setahun PH Menjadi Kerajaan_01
Azman Abdullah, 50 bercakap kepada media mengenai setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019

Nada sama disuarakan Azman Abdullah, 50, yang berpendapat mana-mana parti politik harus mengambil iktibar daripada kemenangan PH yang menabur pelbagai janji namun sukar untuk mengotakannya.

Ujarnya, rakyat kini tidak teragak-agak untuk melakukan sekali lagi perubahan sekiranya suara dan denyut nadi rakyat tidak diendahkan.

“Kita ada masa lima tahun, saya yakin rakyat tidak buat silap dengan memilih PH dan mampu bawa perubahan, jadi beri masa kepada kerajaan.

“Saya bagi pujian untuk tahun pertama sebab ada satu perubahan dan peningkatan dari kebebasan rakyat bersuara, ia bagus.

“Saya bagi enam markah buat kerajaan PH tapi rakyat kena tengok apa yang dijanjikan oleh PH sebab ada benda yang tidak boleh ditunaikan dalam masa sehari.

“Ini satu pengalaman kepada mana-mana parti, kalau nak ambil hati rakyat jangan mudah tabur janji,” katanya.

Seorang penjawat awam yang ditemuiĀ  setuju dengan pendekatan kerajaan PH yang mengutamakan usaha dalam memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam.

MGF09052019_Tinjauan Setahun PH Menjadi Kerajaan_03
Noorhasyikin Abd Rahim, 26 bercakap kepada media mengenai setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019

Menurut Noorhasyikin Abd Rahim, 26, ia adalah langkah yang baik daripada kerajaan untuk memerangi rasuah kerana penjawat awam adalah benteng mempertahankan kerajaan buat masa ini.

Malah katanya, usaha untuk mengurangkan jumlah penjawat awam juga satu yang mustahil untuk direalisasikan kerana kerajaan sememangnya bergantung kepada mereka untuk menggerakan apa sahaja dasar kerajaan.

“Kami sebagai penjawat awam mungkin sama sahaja tapi isu perangi rasuah itu bagus untuk dikekalkan sampai bila-bila.

“Penjawat awam perlu jadi amanah dan saya amat setuju sangat. Pendapat saya, bahagian kesihatan untuk kurangkan agak mustahil, sebab kami lebih perlukan ramai pekerja dalam bidang ini,” katanya merujuk kepada kenyataan Mahathir yang ingin bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam pada Februari lalu.

Abd Rashid Shahid, 50 bercakap kepada media mengenai setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019
Abd Rashid Shahid, 50 bercakap kepada media mengenai setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019

Abd Rashid Shahid, 50, pula berpendapat segala janji yang ditaburkan untuk menarik undi rakyat namun selepas setahun PH gagal dalam menunaikan janji-janji tersebut.

Menurut beliau, kekurangan dana dan waktu menjadikan PH dilihat sukar untuk merealisasikan segala janji tersebut sejak 9 Mei lalu.

“Kerajaan yang ada sekarang fokus utama kepada rasuah harus diteruskan dengan agenda itu sehingga isu ini boleh dibanteras sebaik mungkin.

“Saya bagi lapan markah sebab secara keseluruhan dengan apa yang telah kerajaan buat. Segala yang dijanjikan itu menjadi beban kepada kerajaan untuk mengotakan janji dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk menunaikan janji tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette