KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengarah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sebuah hotel di Kuala Lumupur pagi tadi, kerana disyaki terbabit dengan kesalahan rasuah.
Difahamkan lelaki itu ditahan kerana disyaki menerima wang suapan daripada kontraktor bagi meluluskan projek membabitkan agensi berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki berkata, pihaknya menemui sejumlah wang dianggarkan RM1 juta di kediaman lelaki itu, namun perkara itu masih dalam siasatan.
“Turut ditahan ialah lima individu bukan petugas DBKL yang disyaki terlibat dengan aktiviti rasuah yang membabitkan agensi sama. Permohonan reman terhadap enam individu itu akan dibuat hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. – MalaysiaGazette