Home Seni Hidup Nourul dedah wajah Isabella

Nourul dedah wajah Isabella

KUALA LUMPUR – Nourul Depp buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak keempat selepas selamat dilahirkan pada 30 April lalu.

Menerusi Instagramnya, Nourul telah berkongsi buat pertama kali wajah anaknya yang kini berusia lapan hari.

“Assalamualaikum uncle and auntie. My name is Isabella Depp,” tulisnya yang sebelum ini enggan mendedahkan wajah bayinya itu.

Bayi yang dipanggil dengan nama Isabella sejak disahkan kandungan adalah perempuan dilahirkan melalui pembedahan.

Nourul, 42, telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.

Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, pasangan itu memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun. – MalaysiaGazette