Home Sukan Suarez bedah lutut, terlepas Copa del Rey

Suarez bedah lutut, terlepas Copa del Rey

Luis Suarez terlepas aksi final Copa del Rey bersama Barcelona 25 Mei ini dan akan menjalani pembedahan di lutut kanan

SEPANYOL- Barcelona mengesahkan Luis Suarez akan menjalani pembedahan di lutut kanan dan akan terlepas aksi beberapa perlawanan penting.

Suerez mengalami kecederaan di lulut kanan dan akan menjalani pembedahan artroskopik dibawah penyeliaan pegawai perubatan kelab.

Hasil pembedahan serta tempoh pemain itu akan terlepas aksi bersama Barcelona akan dimaklumkan sejurus selepas pembedahan itu.

Barcelona sudah menjulang kejuaraan La Liga minggu lalu dan khidmat Suarez tidak banyak akan menjejaskan beebrapa perlawanan yang perlu dihadapi pasukan the Catalans.

Bagaimanapun, bekas bintang Liverpool itu dijangka terlepas aksi perlawan akhir Copa del Rey pada 25 Mei ini.

Suarez telah menjaringkan 25 gol musim ini bersama Barcelona iaitu 21 dalam La Liga, tiga gol dalam Copa del Rey dan satu gol dalam Liga Juara Juara Eropah sebelum tersingkir di sepruh akhir temasya itu awal pagi Rabu lalu.- MalaysiaGazette