Home Ekonomi Bekalan rumah mewah berlebihan sehingga 2022

Bekalan rumah mewah berlebihan sehingga 2022

Zeti Akhtar Aziz
Zeti Akhtar Aziz

SHAH ALAM – Lebihan penawaran rumah mewah dijangka berterusan sehingga 2022.

Sebaliknya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Zeti Aktar Aziz berkata, permintaan rumah mampu milik meningkat saban hari meskipun bekalannya masih tidak mencukupi hingga kini.

Justeru itu, menurutnya pemaju perlu menyeimbangkan usaha pembinaan dua jenis rumah itu selain penyediaan hartanah komersial yang turut mendapat permintaan memberangsangkan.

“Bagi menyeimbang ke arah industri pembinaan dan pembangunan hartanah pasaran hartanah di negara ini, perlu diseimbangkan dengan lebih pembangunan perumahan mampu milik kerana ketika ini terdapat lebihan hartanah komersial dan kediaman mewah.

“Lebihan bekalan rumah mewah berkemungkinan berterusan sehingga 2022 oleh itu ini usaha terbaik (adalah) menggerakkan usaha pembangunan rumah mampu milik agar bekalan kediaman dapat diseimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan (CIS 26) di ELMINA Central Park hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. – MalaysiaGazette