KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dilaporkan selamat menjalani pembedahan jantung, di Institut Jantung Negara (IJN), pada Khamis.
Menurut Facebook rasminya, Ismail, 71, telah selamat menjalani pembedahan memasukkan bateri ke jantungnya dan kini masih mendapatkan rawatan di bawah pengawasan doktor.
“Rentetan tersebarnya gambar Tuan. Beliau baru menjalani operation di IJN semalam (Khamis).
“Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat, cuma perlukan rehat dan pemantauan dari pihak IJN sebagai rawatan susulan,” tulis admin Facebook berkenan.
Admin tersebut turut menjejaskan mengenai gambar Ismail yang tukar semalam.
Menurut beliau, ia adalah gambar yang diambil setelah Ismail tidur selepas selesai menjalani pembedahan.
“Untuk maklumat gambar yang tersebar itu ketika ustaz sedang tidur,” katanya lagi.
Status itu dimuat naik jam 10 malam semalam.
Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 merupakan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.
Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). -MalaysiaGazette