DORTMUND – Manchester United akan terlepas peluang mengikat khidmat Jadon Sancho akhir musim ini.
Bintang muda skuad England itu membuat ketetapan untuk kekal bersama Borussia Dortmund.
Sancho menjaringkan 12 gol musim ini bagi membolehkan Dortmund bersaing dalam Bundesliga.
Bagaimanapun, Sancho yang dikaitkan dengan Manchester United dikatakan sedia menolak tawaran ke Old Trafford dan mahu kekal semusim lagi dengan kelabnya. – MalaysiaGazette