Home Dunia Gempa bumi bermagnitud 6.1 gegar Panama

Gempa bumi bermagnitud 6.1 gegar Panama

Gambar hiasan.

PANAMA CITY (Reuters) – Gempa bumi bermagnitud 6.1 telah menggegarkan barat daya Panama berhampiran sempadan Costa Rica.

Kejadian tersebut telah mencederakan seorang mangsa dan memusnahkan beberapa buah bangunan namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku sejauh 7km ke barat daya Plaza de Caisan, Panama dengan kedalaman 37km, kata US Geological Survey (USGS).

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Presiden Panama, Juan Carlos Varela menerusi Twitternya mengesahkan, terdapat beberapa buah kedai dan rumah musnah dalam kejadian tersebut manakala seorang wanita di Pelabuhan Puerto Armuelles tercedera apabila terhempap siling rumahnya.

Puerto Armuelles terletak berhampiran pusat gempa bumi tersebut.- Agensi